Definisi
Menurut Prof. Dr. Yusuf Al – Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan distilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.
Kategori Gaji Dan Pendapatan
Harta Penggajian Dan Upah Kerja : Gaji, upah, bonus, tuntutan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah, anugerah, intensif, ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja) dan apa-apa yang bersumberkan perkhidmatan atau penggajian.
Hasil Kerja Bebas
-Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional.
-Bayaran atau keuntungan projek yang diterima oleh kontraktor.
-Komisyen dan residual income seperti jualan insuran, takaful, unit trust, brokerai & seumpamanya.
-Royalti atau komisyen hasil penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.- Harta Yang Menghasilkan Pendapatan (Mustaghallat)
-Hasil sewaan aset seperti bangunan, premis, peralatan dan sebagainya.
-Hasil produk ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya.