Definisi
Zakat ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang yang diternak daripada jenis lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.
Dalil Zakat Ternakan
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“…pada empat puluh ekor biri-biri, dikenakan (zakat) seekor biri-biri…” (Riwayat Ibnu Majah)
Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah saw telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapai 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, tabi’ atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun).” (Riwayat Ibu Majah)