Zakat Pendapatan

Definisi

Menurut Prof. Dr. Yusuf Al – Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan distilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.

Kategori Gaji Dan Pendapatan

  1. Harta Penggajian Dan Upah Kerja : Gaji, upah, bonus, tuntutan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah, anugerah, intensif, ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja) dan apa-apa yang bersumberkan perkhidmatan atau penggajian.

  2. Hasil Kerja Bebas
    -Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional.
    -Bayaran atau keuntungan projek yang diterima oleh kontraktor.
    -Komisyen dan residual income seperti jualan insuran, takaful, unit trust, brokerai & seumpamanya.
    -Royalti atau komisyen hasil penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.

  3. Harta Yang Menghasilkan Pendapatan (Mustaghallat)
    -Hasil sewaan aset seperti bangunan, premis, peralatan dan sebagainya.
    -Hasil produk ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya.
 
Chat Sekarang
Selamat Sejahtera. Saya Iman ada yang boleh saya bantu?