Dalil Zakat Perniagaan
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jualbeli dari menyebut tentang mengingati Allah dan mendirikan solat serta membayar zakat, mereka takutkan hari yang hati dan penglihatan mereka menjadi gusar”.
An-Nur : Ayat 37
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
“Tidak dikumpul-kumpulkan di atas harta yang bercerai-cerai dan tidak dicerai-ceraikan di atas harta yang berkumpul kerana hendak mengelak daripada sedekah (zakat) (bagi pembayar) / Kekurangan hasil pungutan (bagi amil) dan apa sahaja yang ada pada kedua orang yang berkongsi, maka keduanya harus mengembalikan dengan sama rata (berdasarkan nisbahnya)”. Riwayat Bukhari